fbpx

Penunggang motosikal ‘melekat’ belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa parah akibat merempuh sebuah lori di Lebuh Raya Duke semalam dilaporkan meninggal dunia.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit akibat mukanya melekat di bahagian belakang sebuah lori selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang  (DUKE ) di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.20 petang, mangsa berusia 30-an itu dikatakan mengalami kecederaan parah pada bahagian muka sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda itu dalam perjalanan dari arah Pusat Bandaraya menghala ke Sungai Buloh.

Jurucakap Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.29 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati mangsa tersepit di bahagian belakang sebuah lori dan operasi mengeluarkan mangsa memakan masa hampir 30 minit susulan bahagian mukanya melekat pada lori tersebut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2 petang dan mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital,” katanya kepada Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI