fbpx

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 bermula 2 Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, sesi persekolahan bagi negeri di Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) pula adalah pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B,” katanya hari ini.

Menurutnya, Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI