PETALING JAYA – Beberapa kawasan di tiga buah negeri dijangka dilanda ribut petir berserta hujan lebat sehingga pukul 5 petang nanti.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub di Pahang.
“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, di Johor.
“Keadaan sama juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE