fbpx

Baby Shima pelik menjadi mangsa kebencian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – Nama penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi mencuri perhatian apabila dia mempersoalkan mengapa dirinya kerap menjadi mangsa kebencian netizen.

Mengakui pelik dengan situasi tersebut, pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli menegaskan dia juga tidak pernah terlibat dengan sebarang kontroversi seperti menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga orang lain.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa ramai membenci saya sedangkan tidak pernah menganggu rumah tangga dan keluarga orang lain. Minta duit daripada mak dan ayah anda semua pun tidak saya lakukan.

“Terus terang, saya tidak lagi kuat dengan apa yang dilalui ketika ini. Boleh anda rasa apa yang saya sedang lalui?” luahnya dalam satu entri Instagram.

Tidak menjelaskan punca entri tersebut dimuat naik, pelantun lagu Pura-Pura Bujang turut berkongsi satu ungkapan, sekaligus seperti memberi bayangan dirinya kini dilanda kesedihan.

“Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi bukan tentang perasaan,” kongsi bekas peserta Big Stage musim pertama itu dalam InstaStory.

Menjengah dalam ruangan komen, terdapat juga rakan selebriti dan penminatnya menitipkan kata-kata semangat agar Shima terus kuat melalui episod duka dalam hidupnya.

“Jadi sahaja diri anda sendiri kakak,” pesan penyanyi Wani Kayrie.

“Tenang Shima, anggap itu semua cabaran untuk lebih maju ke hadapan,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, Kosmo! pernah melaporkan Shima pernah dikecam gara-gara dakwaan mencacah tatu pada bahu kanannya dan juga sebuah video yang dikatakan meniru aksi dan seolah-olah mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU).

Shima mencipta nama apabila menyertai program realiti televisyen, D’ Academy Asia musim ketiga di Indonesia sekitar tahun 2017. Dia menjadi satu-satunya penyanyi tanah yang bernaung bawah label rakaman Indonesia, Nagaswara – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI