fbpx

CSM kaji kefahaman, sikap generasi muda terhadap teknologi digital dan internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – CyberSecurity Malaysia (CSM) sedang melaksanakan Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber di seluruh negara bagi mengkaji pemahaman dan sikap generasi muda dalam teknologi digital dan internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata, kajian komprehensif tersebut menyasarkan murid dari sekolah-sekolah bantuan Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan dikendalikan oleh penyelidik akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkata, kajian tersebut merupakan salah satu projek CSM di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.

“Berdasarkan mandat yang diberikan kerajaan, sebagai pusat pakar teknikal keselamatan siber, kami sentiasa berusaha untuk meneruskan kelangsungan membudayakan amalan dan penggunaan teknologi dan Internet secara positif, beretika, dan bertanggungjawab khususnya kepada generasi muda dalam Keluarga Malaysia,” katanya hari ini.

Amirudin berkata, perkembangan teknologi digital yang dinamik sememangnya memberi banyak faedah, bukan sahaja kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal, malah perkembangan sosio budaya Keluarga Malaysia.

“Sebagai contoh, perbuatan membuli kini bukan sahaja dilakukan secara fizikal, malah ia dilakukan secara online sehingga mengorbankan nyawa.

“Akses kepada bahan lucah seperti pornografi juga semakin berleluasa menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kepada golongan muda,” katanya.

Kajian dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM itu mengambil masa empat minggu bagi proses pengumpulan data dengan jumlah sampel 12,186 murid sekolah rendah, menengah dan kurang upaya serta 1,260 ibu bapa di seluruh negara yang dijalankan secara online dan temu bual. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI