PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah bekas suaminya mengajak keluar makan bersama telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial semalam.
Menerusi perkongsian video oleh @amira.assaid di laman aplikasi TikTok semalam, dia berkongsi detik-detik bahagia sepanjang keluar bersama bekas suaminya itu.
Berdasarkan video berdurasi 35 saat di TikTok, dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada bekas suaminya sehingga menghadirkan perasaan sebak.
“Bekas suami ajak keluar makan tapi, dia letak ‘car seat’ (kerusi keselamatan kanak-kanak) anak kami dekat depan, selepas itu saya tanya, awak sayang saya lagi tak? dan bekas suami jawab ‘mestilah sayang’.
“Masa ini saya dah sebak sebab mula teringat kenangan lama kami, terima kasih bahagiakan saya, saya doakan awak bahagia selalu dan jaga anak kita baik-baik,” kata wanita itu di dalam video.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak dan orang ramai juga mendoakan agar mereka kembali menjalinkan hubungan seperti dulu semula.
“Mesti dia tak keluar dengan perempuan lain sebab ada ‘car seat’ anak dekat depan,” kata @Yayanggrr.
“Kadang-kadang bercerai ini bukan sebab pasangan itu yang bermasalah, tapi sebab orang lain macam ipar dan mertua hingga terjadinya perceraian,” ujar @Shashanabd.
“Saya doakan semoga awak berjodohan semula, sebab tengok pandangan masing-masing masih penuh dengan cinta,” jelas @aiennatasha91.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih lebih tiga juta tontonan dan 346,700 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE