fbpx

Bomba potong cincin tersekat di jari remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba melakukan operasi memotong cincin yang tersekat pada jari seorang remaja lelaki di Hospital Duchess Of Kent Sandakan malam tadi. -Foto IHSAN JBPM

SANDAKAN – Seorang remaja lelaki terpaksa menahan sakit selepas cincin yang dipakainya tersekat pada jari manis tangan kanan dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, remaja berumur belasan tahun itu mulanya pergi ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bagaimanapun pihak hospital kemudian menghubungi bomba bagi meminta bantuan untuk memotong dan mengeluarkan cincin terbabit dari jari mangsa.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.08 malam.

“Cincin yang tersekat pada jari manis mangsa mengakibatkan jarinya bengkak dan pasukan bomba telah bertindak memotong cincin berkenaan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya, cincin terbabit kemudiannya berjaya dipotong dan operasi ditamatkan pada jam 10.40 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI