fbpx

CAC Stadium Malawati ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular berdurasi 24 saat memaparkan kegembiraan doktor dan petugas kesihatan susulan penutupan CAC tersebut.

SHAH ALAM – Stadium tertutup Malawati yang beroperasi sebagai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sejak 8 Februari lalu akhirnya ditutup kelmarin.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dengan penilaian kes-kes Covid-19 bagi daerah Petaling boleh dibuat di tiga buah klinik kesihatan yang menjadi CAC.

“Ya betul (sudah tutup). Namun kes-kes Covid- 19 bagi Daerah Petaling boleh dibuat penilaian di Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam, Klinik Kesihatan Taman Medan dan Klinik Kesihatan Puchong,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Berdasarkan pemakluman Pejabat Kesihatan Daerah Petaling di laman Facebook rasminya, ketiga-tiga CAC klinik kesihatan tersebut memulakan operasinya bermula hari ini.

Pengoperasian CAC di klinik itu bermula pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari sahaja kecuali Jumaat di antara 8.30 pagi hingga 11.30 pagi selain tidak beroperasi pada cuti umum.

CAC Stadium Malawati yang mampu menempatkan 1,500 pesakit sebelum ini menjadi tumpuan bukan sahaja daripada penduduk di daerah Petaling malah dari daerah lain di Selangor sehingga pernah menerima kehadiran mencecah lebih 4,000 orang.

Ini seterusnya menjadikannya seperti ‘medan peperangan’ bagi pasukan barisan hadapan dalam kalangan doktor dan petugas kesihatan dalam membantu menangani penularan pandemik Covid-19.

Terdahulu, tular video berdurasi 24 saat memaparkan kegembiraan doktor dan petugas kesihatan susulan penutupan CAC tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI