fbpx

PGA Batalion 8 pertingkat kawalan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 sedang memantau beberapa pangkalan haram yang berada di tebing Sungai Golok.

Oleh ROHANA MOHD NAWI

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negeri ini bagi mengekang kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Selain PATI, PGA juga akan terus memastikan keselamatan daripada ancaman Covid-19 dan jenayah rentas sempadan dapat dibendung sepenuhnya.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, kawalan tersebut melibatkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada semua masyarakat kerana telah memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan dan rentas sempadan.

“Kita juga berterima kasih kepada agensi penguat kuasa yang terlibat di dalam membantu operasi Ops Benteng untuk mengekang wabak Covid-19

“Selain PGA, agensi lain yang terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia, MAQIS, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan Jabatan Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad, pihaknya berharap kepada orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berhubung kegiatan aktiviti penyeludupan pelbagai barang termasuk dadah dan senjata api. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI