fbpx

Ducati tawan Valencia, Rossi tempat ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pelumba Ducati tawan Grand Prix (GP) Valencia

VALENCIA – Pasukan Ducati mencatat kemenangan bergaya selepas menawan perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Valencia sebentar tadi.

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang memulakan saingan di petak kedua tampil cemerlang selepas memenangi perlumbaan tersebut sementara pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin terpaksa berpuas hati tempat kedua.

Rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller tampil positif apabila menaiki podium tempat ketiga ketika bersaing di Litar Ricardo Tormo.

Sementara itu, Valentino Rossi yang membuat penampilan terakhir di Valencia berjaya menamatkan saingan tempat ke-10.

Rossi yang mengumumkan persaraan dalam perlumbaan MotoGP menerima tepukan gemuruh kira-kira 75,000 penonton yang bangun memberi penghormatan terakhir kepada jaguh Itali tersebut.

“Kemenangan ini saya dedikasi kepada Rossi dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya atas kepercayaan kepada saya ketika memilih saya berada bersama akademinya iaitu VR46.

“Sebelum minggu ini, saya fikir mustahil untuk menjuarai pada perlumbaan penutup ini tetapi kami hadir sebagai pasukan terpantas untuk menjulang trofi kemenangan di Valencia,” kata Bagnaia yang juga merupakan anak didik Rossi.

Sementara itu, juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo menamatkan saingan tempat kelima terpantas dan Johann Zarco (Pramac Ducati) tempat keenam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI