fbpx

Janda, dua rakan dicekup sorok dadah dalam bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (dua dari kiri) menunjukkan bantal yang digunakan untuk menyembunyikan pelbagai jenis dadah semasa ketiga-tiga suspek ditahan di SJR, Kem Semur dekat Gua Musang, Khamis lalu.

GUA MUSANG – Tindakan seorang janda bersama dua rakan lelakinya yang menjadikan sebuah bantal untuk menyembunyikan pelbagai jenis dadah bernilai RM28,030 di dalam kereta terbongkar apabila mereka dicekup di sekatan jalan raya (SJR) Kem Semur, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Khamis lalu.

Wanita berusia 33 tahun bersama dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan ketika mereka menaiki sebuah kereta jenis Perodua Axia di SJR tersebut pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, semasa melalui SJR itu, polis telah memeriksa di dalam kereta tersebut sebelum menemui sebuah bantal yang diletakkan di bahagian tempat letak barang di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam bantal itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 1,727 biji pil kuda, dadah jenis syabu (90.7 gram), pil eramin 5 (90 biji) pil epam (33 biji) dan satu liter air ketum.

Katanya, siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dan mengambil bekalan dadah itu di Kota Bharu.

“Mereka dipercayai menyewa kereta untuk membawa kesemua dadah-dadah itu dari Kota Bharu untuk dijual di sekitar kawasan Selayang dan Kajang, Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI