fbpx

Lelaki mengaku bercinta dengan ikan lumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brenner mengakui pernah jatuh cinta dengan seekor ikan lumba-lumba bernama Dolly pada 1971. - YouTube

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat membuat kenyataan mengejutkan apabila  mengaku dia bercinta  dengan seekor ikan lumba-lumba, lapor laman berita Lad Bible kelmarin.

Malcolm Brenner, 63, berkata,  perkara itu berlaku ketika dia bertugas sebagai seorang jurugambar di Sarasota, Florida pada tahun 1971.

Dalam satu  dokumentari bertajuk Dolphin Lover, Brenner menceritakan detik-detik dia bertemu dengan seekor ikan lumba-lumba bernama Dolly.

Dia sangat tertarik pada Dolly dan bercinta dengan ikan tersebut selama enam bulan.

Jelas Benner, Dolly juga tertarik kepadanya. Ikan itu akan mendekati dan menggosok tubuhnya pada Brenner.

Brenner menyifatkan percintaan tersebut amat berbeza dengan jatuh cinta pada seorang wanita.

Hubungan mereka terputus apabila Dolly dipindahkan ke sebuah lokasi lain dan  mati sembilan bulan kemudian. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI