fbpx

Doktor tipu pelaburan didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD.Rafi'uddin dibawa ke Mahkamah Majistert Seremban semalam./ FOTO - MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

KUALA LUMPUR – Seorang doktor yang sebelum ini dituduh atas pertuduhan menipu dalam pelaburan palsu, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan sama.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd. Rafi’uddin Hamidon, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan yang di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu Rahmat Ramali, 32, dengan memperdayakan mangsa bahawa tertuduh menjalankan urusan dagangan tukaran wang asing (forex) sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM43,000 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Wisma Chubb, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang di sini pukul 3.13 petang pada 16 April 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memcadangkan jaminan RM10,000.

Namun peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu dengan alasan terlalu tinggi.

“Anak guam saya merupakan seorang doktor perubatan sebuah klinik. Semalam dia sudah dituduh di Mahkamah Seremban dan sudah dijamin. Tertuduh juga mempunyai tanggungan keluarga yang ramai, jadi saya pohon mahkamah beri satu ikat jamin yang rendah,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Fardiana membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 14 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Semalam Mohd. Rafi’uddin mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama melibatkan mangsa berlainan di Mahkamah Majistret Seremban.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bandar Sri Sendayan pada 2 Jun 2019 hingga 3 Jun 2019.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN