fbpx

MR. D.I.Y. lancar MR.DOLLAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cawangan pertama MR. DOLLAR beroperasi di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.
Andy.

 

KUALA LUMPUR – Rangkaian kedai perkakasan popular, MR D.I.Y membuka perniagaan runcit baharu dikenali sebagai MR. DOLLAR yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga RM2 atau RM5 sahaja.

Cawangan pertama MR. DOLLAR berlandaskan cogan kata “Always RM2 or RM5” kini beroperasi di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras dekat sini.

Sebanyak 10 kategori barangan di MR. DOLLAR termasuk coklat dan gula-gula, snek dan biskut, bahan masak, barangan keperluan dapur, minuman, bakeri serta dingin dan beku.

Antara barangan lain yang dijual di MR. DOLLAR pada harga RM2 atau RM5 adalah keperluan isi rumah, perkakas serta alat tulis, mainan dan sukan.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y, Andy Chin berkata, MR.DOLLAR dibuka ketika ramai rakyat Malaysia semakin cermat dalam mengurus kewangan peribadi mereka.

“MR.DOLLAR menawarkan produk kualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Kami mahu berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia agar dapat mengurangkan kos sara hidup.

“Kami memberi jaminan MR.DOLLAR mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan dan beroperasi mengikut prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan.

“Kami berhasrat untuk membuka 10 cawangan MR.DOLLAR di sekitar Lembah Klang pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai promosi dan hadiah menarik ditawarkan kepada orang ramai selama dua hari sempena pembukaan rasmi cawangan MR.DOLLAR pertama esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI