PETALING JAYA – Dunia zaman moden hari ini memudahkan urusan semua pihak dengan hanya satu klik sahaja.
Begitu juga dengan perhubungan di mana banyak platform yang boleh digunakan untuk bertemu dengan pasangan.
Menerusi satu perkongsian @raden.girin di TikTok memaparkan seorang gadis bertemu dengan kekasihnya setelah 11 bulan menjalinkan hubungan.
Difahamkan, pasangan itu berkenalan di sebuah aplikasi permainan video Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG).
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah teruja apabila kali pertama bertentang mata dengan kekasih hatinya.
Rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman yang hampir serupa dilalui mereka.
“Aku kenal suami dalam ‘game’ juga tapi bukan PUBG, Alhamdulillah sudah mempunyai seorang anak #freefirelover,” kata Eyfa.
“Adik I jumpa jodoh dekat PUBG setahun je perkahwinan bertahan,” jelas Daya.
“Bestnya, aku pernah bercinta juga di PUBG, (bersama) orang Terengganu, tetapi saya jauh di Sabah terpaksa putus dia dia tidak mahu putus, kesian kan,” ujar ynaa. – K! ONLINE.