fbpx

Danial Syahmi sambar petak pertama ATC Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danial Syahmi.

PETALING JAYA – Pelumba berbakat negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril bertekad untuk memburu kemenangan Asia Talent Cup (ATC) selepas menyambar petak utama di Litar Mandalika sebentar tadi.

Danial Syahmi mengakui sekiranya dia berjaya menawan perlumbaan pertama itu esok peluangnya untuk mengejar kedudukan pendahulu dari Jepun, Taiyo Furusato lebih terbuka.

Ketika ini, Furusato mendahului carta keseluruhan dengan 100 mata, manakala Danial di kedudukan kedua dengan 59 mata dan hanya dipisahkan 41 mata ketika perlumbaan menyajikan 100 mata untuk dipungut.

“Jentera semua baik dan fokus saya adalah untuk menjuarai perlumbaan tersebut. Jika saya menang dan peluang lebih terbuka untuk mengejar mata Furusato.

“Sudah pasti perlumbaan esok bukan mudah tetapi dengan tunggangan terbaik pada sesi kelayakan tersebut saya yakin mampu tampil lebih cemerlang pada perlumbaan sebenar nanti,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Danial turut mengakui dia dan rakan sepasukannya perlu berhati-hati memandangkan Litar Mandalika sedikit berpasir.

“Litar Mandalika adalah trek baharu dan tidak digunakan lagi. Jadi sedikit kotor dan berpasir. Jadi, saya perlu berhati-hati untuk mengelak sebarang kemungkinan.

“Saya harap keadaan tersebut tidak mengganggu fokus saya serta rakan sepasukan. Doakan kami berjaya di sini,” tambahnya.

Pada sesi kelayakan tersebut, Danila mencatat masa terpantas satu minit 47.946 saat untuk menempah petak hadapan manakala pelumba Jepun, Furusato akan memulakan saingan di petak keenam.

Sementara itu, dua pelumba negara lain seperti Hakim Danish Ramli mencatat masa lapan terpantas dan Muhammad Sharul Ezwan Sharil di kedudukan ke-11 terpantas pada sesi kelayakan tersebut. K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI