LUMUT – Seorang lelaki ditahan bersama 21,210 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2.85 juta termasuk cukai di Changkat Jering dekat Taiping petang semalam.
Kejayaan itu hasil maklumat risikan dalam Op Kontraban oleh Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kampung Acheh di sini
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Changkat Jering dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang.
Menurut beliau, rumah itu dipercayai menjadi tempat menyimpan rokok putih dan kretek tanpa cukai dipercayai diperolehi dari Pulau Pinang untuk pasaran di Taiping.
“Pemeriksaan dalam rumah tersebut menemui rokok putih John White sebanyak 6,550 karton dan rokok kretek jenama Gudang Garam dan L.A Bold sebanyak 2,710 karton.
“Semua rokok ini ditemui di dalam rumah dan stor dengan anggaran nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM1.25 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE