JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan aksi seorang wanita ‘menangkap’ suaminya yang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa marah melihatkan reaksi bersahaja lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com.
Dalam video yang dimuat naik di akaun Tik Tok bernama @alestiani97 itu, kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum ketika ditangkap mempunyai hubungan sulit oleh isterinya.
“Tak ada perasaan dan masih boleh tersenyum seperti itu. Anak saya sakit di rumah, adakah awak tahu?” kata wanita itu dalam video yang dimuat naik.
Wanita itu kemudiannya memberitahu perempuan simpanan suaminya bahawa suatu hari nanti, dia akan diberi balasan setimpal kerana menyakiti hatinya dan anak-anaknya.
“Suatu hari nanti, awak mempunyai anak dan awak akan mendapat karma. Anak saya yang berumur tiga tahun belum pun masuk ke sekolah. Bapa jenis apa yang tiada belas kasihan kepada anak-anaknya?’’ katanya.
Video tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Masih boleh tersenyum melihat penderitaan isteri,” komen seorang netizen.
“Air mata awak terlalu mahal untuk menangis buat lelaki seperti itu,” kata seorang lagi. – Agensi