fbpx

Wanita tolak lamaran dengan mas kahwin 200 ekor unta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model itu menolak lamaran lelaki yang tidak dikenalinya itu kerana tidak berminat dengan unta. - pexels.com

NEW DELHI – Seorang model menolak lamaran seorang lelaki yang mahu memberikannya 200 ekor unta sebagai mas kahwin kerana tidak tahu cara menjaga haiwan itu, lapor laman berita World Today semalam.

Ishita Gupta, yang dilamar seorang lelaki yang tidak dikenalinya turut menyifatkan hadiah tersebut sebagai ‘tidak menarik’.

“Saya tidak tahu di mana mahu meletakkan unta-unta itu sekiranya saya menerima mas kahwin berupa 200 ekor unta,” katanya.

Dia yang turut menguruskan operasi penternakan haiwan berkata, meskipun merupakan seorang pencinta haiwan, dia tidak tertarik dengan unta.

“Unta merupakan haiwan yang perlu dijaga dengan teliti dan saya tiada pengalaman,” katanya.

Ishita berkata, dia sering ditawarkan hadiah mahal oleh jejaka-jejaka yang berminat untuk menjadikannya sebagai isteri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI