fbpx

Tunggakan selesai, semangat pemain KDA kembali membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak (tengah) menjadi individu yang paling gembira apabila isu tunggakan gaji selesai membolehkan para pemainnya kembali fokus berdepan JDT. – FB KDA FC

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

PARA pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya mendapat tonik terbaik berdepan JDT di laman sendiri malam ini apabila pihak pengurusan melangsaikan tunggakan gaji kelmarin.

Sumber dalaman pasukan memaklumkan, pembayaran gaji tersebut dibuat pihak pe­ngurusan pada pada petang dan malam kelmarin.

Menurutnya, langkah itu nya­ta sesuatu yang melegakan ketika para pemain amat memerlukan motivasi yang tinggi bagi berdepan JDT pada suku akhir Piala Malaysia.

“Ini sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh para pemain dalam keadaan mereka sebelum ini tertanya-tanya mengenai gaji ma­sing-masing.

“Diharap langkah tersebut sedikit sebanyak mampu menambah motivasi pemain bagi memberikan yang terbaik malam esok,” katanya di Alor Setar semalam.

Sementara itu, tonggak pertahanan Kedah, Rodney Celvin ketika mengulas mengenai aksi bertemu JDT memaklumkan, semua pemain Kedah perlu memiliki disiplin yang tinggi sekiranya mereka berhasrat mahu membawa bekal kemenangan dalam perlawanan suku akhir pertama itu nanti.

“JDT ada pemain terbaik bermula dari penjaga gol hinggalah ke penyerang. Jadi, kami perlu berwaspada dengan setiap gerakan dilakukan mereka dan perlu memberi lebih fokus terhadap semua aspek.

“Walau siapa saja yang diturunkan, mereka perlu bermain dengan baik. Perlawanan ini mungkin agak ‘berat’ tetapi tiada apa yang mustahil dan kami perlu cuba sedaya upaya untuk mencari gol dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI