fbpx

Pemandu rempuh budak dipercayai tiada permit van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman

SHAH ALAM – Pemandu yang terlibat merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dekat sini semalam dipercayai tidak mempunyai permit van sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya turut memantau kes berkenaan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Ia berikutan kenderaan berkenaan berwarna putih dan bukannya kuning seperti yang sudah ditetapkan.

“Selain itu, van tersebut tidak tertera perkataan van sekolah sekali gus dipercayai tidak mempunyai permit yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemandu van sekolah supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan memiliki permit yang sah.

“Selain itu, ibu bapa dinasihatkan memilih perkhidmatan van sekolah berdaftar dengan mengambil kira faktor keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan pemandu van berusia 31 tahun yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI