fbpx

Cameron Highlands sesak walaupun hari biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian gambar oleh @kamarulafiquez di Twitter berkenaan situasi yang sedang berlaku di tanah tinggi Cameron Highlands.

PETALING JAYA – Seorang pemuda berkongsi situasi di Cameron Highlands yang sesak dipenuhi orang ramai yang memilih kawasan tersebut sebagai destinasi percutian mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian oleh @kamarulafiquez di laman sosial Twitter semalam, dia berkongsi keadaan jalan di Cameron Highlands yang sesak sehingga memakan masa berjam-jam untuk tiba ke destinasi yang lain.

“Siapa yang mempunyai hasrat nak makan angin di Cameron Highlands, batalkan niat siap-siap sebab saya pergi dari hari Selasa sampai Jumaat jalan memang tengah sesak.

“Saya dalam perjalanan untuk balik ke Kedah, dari 1.30 petang sampai 4.30 petang masih di Cameron Highlands, jalan memang tengah sesak dekat Cameron Highland,” tulis pengendali akaun Twitter menerusi ruangan kapsyen gambar hantaran tersebut semalam.

Tambahnya lagi, dia keluar dari tempat penginapan waktu tengahari tetapi keadaan di Cameron Highlands menyebabkan beliau tiba ke destinasi yang dituju pada sebelah malam.

“Pukul 1.30 petang keluar hotel, pukul 6.00 petang baru saya sampai Simpang Pulai, itu pun saya rehat untuk buang air dan solat, pukul 9.50 malam baru sampai Kedah. Saya nasihatkan orang ramai kalau nak bercuti di Cameron Highlands sila lupakan walaupun hari minggu,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial juga berkongsi kisah malang mereka yang tersangkut di Cameron Highlands dan ada juga yang menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP.

“Benar, semalam pun rancang nak naik awal pagi, gerak dari Melaka pukul 3.00 pagi tapi pukul 8.00 pagi sampai Cameron Highlands pun dah banyak kereta, tadi keluar hotel pukul 1.30 petang, pukul 4.00 lebih baru sampai Tapah,” kata @Helloa.

“Memang jalan tengah sesak, bulan lepas pergi pun sepatutnya perjalanan itu makan masa 15 minit sahaja je, tapi sebab jalan ‘jammed’ tak tahu punca sebab apa jadi satu jam lebih dekat jalan itu,” jelas @Blackyjez.

“Bukan nak takutkan orang ramai, baru-baru ini ramai yang balik bercuti dari Cameron Highlands kebanyakkannya positif Covid-19 jadi ramai yang bergejala balik dari sana,” ujar @Hannahdania.

Terdahulu Kosmo! pernah melaporkan tentang risiko tinggi untuk mendapat Covid-19 di Cameron Highlands kerana kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI