fbpx

Penyamun kereta mewah masuk perangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahimi menunjukkan barangan yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan satu kumpulan penyamun bersenjata yang melarikan kereta mewah di negeri ini berikutan penahanan empat suspek dalam beberapa siri serbuan di negeri jiran pada Oktober lalu sehingga kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, menerusi risikan dan maklumat awam, suspek berusia di antara 22 hingga 26 tahun itu ditahan pihaknya di sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta di Teluk Intan, Perak.

Katanya, suspek disyaki melarikan dua buah kereta jenis Mercedes Benz dari pusat servis di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam dekat sini pada 21 Oktober lalu dengan bersenjatakan parang.

Menurutnya, kedua-dua buah kereta yang dilarikan oleh mereka sebelum ini juga berjaya ditemui semula di Serdang, Kuala Lumpur dan di Teluk Intan.

“Salah seorang suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine selain kesemua mereka didapati mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Salah seorang suspek juga didapati telah melanggar sebuah kereta pasukan (polis) ketika cubaan melarikan diri daripada ditangkap di Teluk Intan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 393, Seksyen 379a dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI