fbpx

‘Syaitan’ datang majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video oleh @Sanggarriasmehrunisa di TikTok memaparkan tetamu-tetamu berpakaian seperti seekor makhluk yang hodoh dan ganas di sebuah majlis perkahwinan dipercayai berlaku di Indonesia.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan tetamu-tetamu berpakaian ‘cosplay’ (pertunjukan kostum) seperti seekor makhluk yang hodoh dan ganas di sebuah majlis perkahwinan dipercayai berlaku di Indonesia.

Menerusi perkongsian oleh @Sanggarriasmehrunisa di laman aplikasi TikTok, kelihatan lebih daripada 10 tetamu mengenakan kostum seperti itu sambil mengiringi pengantin lelaki masuk ke dalam majlis.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 20 saat oleh @Sanggarriasmehrunisa di TikTok, orang ramai yang hadir ke majlis itu turut terkejut dan ada juga mengambil peluang bergambar bersama makhluk tersebut.

Ketika kejadian, kelihatan salah seorang dari mereka memegang replika seperti kepala bintang dan menghidupkan suar berwarna kuning sebelum pengantin berarak memasuki dewan.

Susulan perkongsian itu, orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan ada juga berasa seram dengan kostum dipamerkan oleh tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

“Ini baru dinamakan ‘wedding of the year’ bukan manusia sahaja yang datang majlis tapi dengan jin-jin sekali hadir bagi memeriahkan majlis buat pengantin,” jelas @Akoari697.

“Tema yang sangat kreatif, saya harap ultraman tak datang ke majlis ini nanti tak pasal-pasal bergaduh habis ‘wedding’ tak jalan nanti,” ujar @Syahmizahro.

“Ini kalau jumpa tengah-tengah malam memang aku ‘taekwando’ kan sahaja benda ini, dengan lidah terjlir macam itu siapa tak seram kalau jumpa tengah malam, tapi apa-apa pun kostum itu terbaik,” kata Ridhoredzuan.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 23,200 tontonan dan 1,509 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI