fbpx

Penganggur diberkas curi burung kakaktua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung kakaktua yang dicuri penganggur dari sebuah rumah di Beseri awal pagi semalam.

PADANG BESAR – Seorang penganggur ditahan kerana disyaki mencuri seekor burung kakaktua jenis Grey African dari sebuah rumah di Beseri dekat sini semalam.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Kampung Dato’ Kayaman kurang lapan jam selepas kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun yang merupakan seorang guru terdengar burung peliharaannya berbunyi dengan kuat sebelum keluar rumah untuk melihat keadaan.

Dia kemudian mendapati burung tersebut tiada di dalam sangkar disyaki dicuri.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas memberitahu, sangkar burung berkenaan hanya dikunci menggunakan dawai dan tiada sebarang televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun sempat melihat kelibat seseorang melarikan diri tetapi tidak dapat mengecam siapa individu terbabit.

“Selepas mendapat laporan mengenai kejadian, sepasukan anggota polis diarahkan mendapatkan semua maklumat berkaitan dan memeriksa sebuah rumah di Kampung Dato’ Kayaman,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI