fbpx

Kilang papan musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kilang papan yang terbakar di Jalan Kelar, Mambang Diawan, Kampar awal pagi tadi.-IHSAN JBPM PERAK

KAMPAR- Sebuah kilang papan musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Kelar, Mambang Diawan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.39 tengah malam.

Katanya, seramai 45 anggota dari BBP Kampar, Tapah, Gopeng, Simpang Pulai dan Ipoh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, Menglembu dan Kampung Batu 12 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang papan kelas C dengan keluasan 200×100 kaki persegi yang musnah terbakar kira-kira 50 peratus.

“Turut terbakar dalam kejadian itu, lima buah forklift dan lima buah mesin pengisar kayu,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada pukul 4.40 pagi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI