fbpx

Verstappen sedia guna No.1 di jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Verstappen mendahului saingan ketegori pelumba dengan kelebihan 19 mata berbanding Hamilton berbaki empat perlumbaan terakhir. – AFP

SAO PAULO – Peminat Max Verstappen perlu membiasakan diri de­ngan nombor baharu pada jenteranya musim depan jika pemandu dari Belanda itu berjaya merangkul gelaran dunia sulungnya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Pemandu berusia 24 tahun itu memberitahu pihak media bahawa dia tidak teragak-agak untuk menggunakan No.1 yang dikhaskan untuk juara dunia jika dia berjaya menamatkan dominasi jaguh Mercedes, Lewis Hamilton musim ini.

Verstappen dilihat bersedia untuk mencari penamat terbaik menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil pada hujung ming­gu ini untuk memastikan dia terus selesa mendahului carta kejuaraan bagi kategori pelum­ba.

“Sudah tentu saya akan menggunakan nombor satu. Berapa kali anda mempunyai peluang untuk memandu dengan nombor satu? Jadi, ia satu tindakan yang bijak untuk melakukannya,” kata Verstappen yang menggunakan No.33 di jenteranya ketika memulakan debut F1 pada 2015 hingga kini.

Kali terakhir No.1 digunakan pada 2014 yang ketika itu Sebastian Vettel berjaya meraih gela­ran dunia keempat bersama pa­sukan Red Bull.

Bagaimanapun, Verstappen yang kini mempunyai kelebihan 19 mata di hadapan Hamilton enggan terlalu selesa meskipun perlumbaan kini berbaki empat pusingan untuk tamat.

“Macam-macam perkara boleh berlaku dalam baki empat pusingan ini. Prestasi kami ketika ini dalam keadaan baik tetapi keadaan boleh berubah sekelip mata.

“Sebelum ini saya sudah mendahului perlumbaan dan ia hilang dalam aksi dua perlumbaan sahaja. Justeru, kami perlu kekal konsisten dalam setiap pusingan perlumbaan,” ujar Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN