fbpx

Kod bar kit kendiri untuk rekod telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kit ujian kendiri bagi pengesanan awal kes Covid-19 kemungkinan besar akan dilengkapi sistem kod bar untuk merekodkan keberadaan alat tersebut secara lebih telus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini lebih lima juta kit berkenaan dijual di seluruh negara namun ramai tidak melaporkan keputusan ujian.

“Memang banyak orang beli di farmasi tetapi pelaporan melalui aplikasi MySejahtera amat rendah, mungkin ada simpan dan lebih ditakuti ada tidak kemas kini keputusan,” katanya.

Justeru, beliau membayangkan teknologi kod bar yang unik akan dipasang di setiap kit itu agar Kementerian Kesihatan (KKM) dapat merekodkan pergerakan alat tersebut setelah dibeli.

Sambil mengakui kebarangkalian ada individu menipu dengan beri maklumat salah dalam MySejahtera kerana tidak mahu dikuarantin, beliau berharap masyarakat lebih bersikap jujur.

Ketika ini sudah ada sejumlah 70 jenis kit berkenaan dalam pelbagai jenama untuk ujian pantas antigen dengan harga runcit RM19 seunit manakala borong pula ditetapkan RM16.

“Buat masa ini, ujian saringan dilaksanakan termasuk ke atas kontak rapat dan bergejala masih tinggi dengan sebahagian besar adalah keputusan negatif berbanding positif,” katanya.

Menjelaskan sama ada kementerian itu berhasrat membuka laluan secara jumpa-terus atau walk-in untuk penerima dos penggalak, Noor Hisham berkata, isu tersebut sedang diteliti.

Menurutnya, ia susulan aduan ada tidak menyedari mereka perlu mendapatkan dos berkenaan dan apabila cuba pergi ke pusat pemberian vaksin pula didapati tidak boleh menerima imunisasi tersebut.

Katanya, keadaan tersebut menyaksikan sehingga semalam, kadar penerima vaksin penggalak adalah agak rendah dengan hanya 825,497 dos berkenaan telah pun diberikan di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI