fbpx

Altimet enggan terlibat hasilkan lagu untuk PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALTIMET

PETALING JAYA – “Saya tak mahu terlibat.”

Demikian respons penyanyi rap terkenal, Altimet, 42, sekali gus menjawab pertanyaan netizen mengenai penglibatannya dalam penghasilan lagu untuk mana-mana parti yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 21 November depan.

Dedah pelantun lagu Amboi itu, dia turut memberi bayangan pernah menerima tawaran untuk menghasilkan lagu sempena PRN namun ditolak.

“Saya tolak pelawaan untuk menghasilkan lagu sempena PRN Melaka ini.

“Kes baharu Covid-19 masih tinggi dan sekarang ini waktu yang salah untuk mana-mana kerajaan negeri mengadakan PRN. Saya tak mahu terlibat,” kata pemilik nama penuh Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad itu dalam satu ciapan Twitter hari ini.

CIAPAN balas Altimet terhadap pertanyaan seorang netizen sama ada dia terlibat dalam penghasilan lagu untuk PRN Melaka.

Hasil tinjauan Kosmo!, kenyataan tersebut tercetus selepas terdapat seorang pengguna Twitter bertanya adakah dia terlibat dalam penghasilan lagu PRN Melaka.

“Hey, Yasin ke ni yang menyanyi? Lama tidak mendengar tentangnya. Bila Altimet nak buat lagu untuk parti politik?” soal individu berkenaan.

Difahamkan, dimuat naik individu itu dihasilkan untuk parti Pakatan Harapan (PH) sempena PRN Melaka.

Untuk info, PRN Melaka diadakan selepas DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI