fbpx

Kim Jong-kook buat 391 ujian doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

SELEPAS teruk dituduh menggunakan steroid untuk membina otot badannya, penyanyi Kim Jong-kook mengambil keputusan menjalani ujian doping, sekali gus bagi membuktikan bahawa dakwaan sedemikian tidak berasas.

Menerusi perkongsian dalam saluran YouTube miliknya, Jung-kook akan mengambil 391 ujian doping seperti yang ditetapkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) 2022.

Menurut Jong-kook, dia sanggup berkorban masa dan berhabis wang demi membersihkan sebarang spekulasi dan imejnya yang sudah tercalar dek kerana dakwaan tidak masuk akal tersebut.

“Saya akan mengambil 391 ujian doping berdasarkan WADA 2022 yang mempunyai setiap dadah haram yang dikemas kini.

“Perkara tersebut semestinya memerlukan masa dan wang yang banyak. Saya akan membuktikan bahawa saya tidak menggunakan sebarang hormon atau bahan terlarang seperti yang didakwa,” jelas Jong-kook.

Sebelum ini, seorang ahli bina badan dan jurulatih kecergasan Kanada, Greg Doucette memuat naik video dengan tajuk, Kim Jung Kook, Natty or Not dalam saluran YouTubenya.

Tindakan tersebut menimbulkan prasangka global bahawa Jong-kook mengambil steroid untuk mendapatkan tubuh sasa seperti yang dimilikinya ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI