fbpx

Transformasi pasar malam akan dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican bergambar kenangan selepas menyampaikan sijil PBT cemerlang kepada penerima pada Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di Dewan Kristal KPKT di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memulakan Inisiatif Transformasi Pasar Malam yang dimulakan pada akhir bulan ini sebagai satu mekanisme meningkatkan keyakinan rakyat pasca pandemik ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif tersebut akan dimulakan terlebih dahulu di Putrajaya untuk dijadikan model sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain di seluruh negara.

“Ini termasuk saringan kesihatan peniaga dan pelanggan, penjarakan fizikal gerai-gerai dan antara penjual dan pelanggan, laluan sehala, penyeragaman pengoperasian pasar malam di samping menaik taraf kemudahan asas tapak dan peningkatan imej pasar malam.

“Bahkan kita juga akan memperkenalkan Marshal Pasar Malam yang melibatkan pemerkasaan komuniti serta penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan perjalanan operasi pasar malam berjalan dengan lancar, tiada perkumpulan berlaku baik di pintu masuk atau semasa keluar dari kawasan pasar malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, Program Transformasi Pasar Malam ini diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan sebagai program kebangsaan untuk memperkasakan komuniti di dalam menghadapi era endemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI