fbpx

Enam didakwa khianat pecah cermin Proton Exora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam tertuduh tiba di Mahkamah Majistret Bahau, dekat sini untuk didakwa hari ini.

JEMPOL – Enam individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora rosak dalam kejadian di hadapan Tadika Felda Palong 7 pada 4 November lalu.

Kesemua tertuduh adalah R Paramasivam, 32; R. Logavikineswaran, 24; R. Thenmolly, 31; N. Saraswathy, 50; N. Shelammah, 31 dan J. Haridhas, 37.

Paramasivam mengaku bersalah manakala lima yang lain mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.30 pagi, 4 November lalu di hadapan Tadika Felda Palong 7 mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,400 ke atas Paramasivam atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah turut menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,500 terhadap dua lelaki dan tiga wanita dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes.

Sementara itu, Paramasivam mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan terhadap dua lelaki dan seorang wanita di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Terdahulu, Kosmo! pada 6 November lalu melaporkan, gara-gara salah faham terlanggar tayar motosikal, kenderaan seorang lelaki ditendang manakala cermin pula dipecahkan dengan batu oleh sekumpulan lelaki dan wanita di Felda Palong 7, dekat sini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI