fbpx

Tukang kebun rugi RM6,930 diperdaya ‘pegawai’ SSM palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Gara-gara diugut terbabit dengan aktiviti jenayah, seorang tukang kebun dari Karak, Bentong diperdaya hingga kerugian RM6,930 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 40 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek kira-kira pukul 10.38 pagi semalam.

“Mangsa terima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat SSM Cyberjaya yang memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM58,000

“Selain itu mangsa juga didakwa terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah dan penggelapan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mangsa kemdudiannya diminta menekan pautan yang diberikan suspek serta mengisi butiran maklumat bank sebelum mangsa mengikut arahan itu tanpa berfikir panjang.

Katanya, selepas itu mangsa yang menyemak baki akaun bank miliknya mendapati wang simpanannya berkurangan sebanyak RM6,930 yang telah dipindahkan ke akaun lain melalui transaksi DuitNow.

Ujarnya, sebaik menyedari dirinya telah ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI