fbpx

Kaki pancing pengotor, buang sampah sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAFRI menunjukkan sebahagian sampah sarap yang dibuang di atas Jambatan Gemuncur-Mela di Kampung Mela, Lipis semalam.

LIPIS – Sikap segelintir kaki pancing yang pengotor dengan sesuka hati membuang sampah merata-rata di atas Jambatan Gemuncur-Mela di sini menimbulkan kemarahan penduduk setempat.

Seorang penduduk Kampung Mela, Mohd. Safri Salleh, 41, berkata, pembuangan sampah yang berterusan telah mengotorkan kawasan di laluan itu.

“Sambil memancing, mereka melepak di atas jambatan ini sambil menjamah makanan dan merokok. Mereka kemudian membuang sampah merata-rata. Baki umpan ikan pun ditinggalkan begitu sahaja di tepi jamba­tan sehingga berbau busuk.

“Pemandangan di atas jambatan ini yang menjadi laluan keluar masuk penduduk Gemuncur dan orang luar ini amat memalukan dan menyedihkan apabila dipenuhi sampah sarap dan buangan sisa umpan pancing,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, sebagai penduduk di situ, dia berasa kecewa kerana masalah itu terus berlarutan meskipun telah banyak kali kumpulan pemancing berkenaan diberi teguran dan dinasihat.

Seorang penduduk Kampung Gemuncur Baru, Ahmad Isa, 45, berkata, mereka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan bagi memastikan kebersihan di kawasan jambatan itu.

“Sewajarnya kaki-kaki pancing yang menggunakan kemudahan jambatan ini untuk memancing perlu menitikberatkan aspek kebersihan dan keceriaan sebagai tanggungjawab melestarikan keindahan landskap dan alam sekitar di sini.

“Mereka yang pengotor ini langsung tidak menghiraukan amalan kebersihan, tidak ada kesedaran sivik atau mereka memang sudah biasa melakukan perkara sedemikian,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI