fbpx

Ince simpati cara Donny dilayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DE BEEK terus dinafikan untuk beraksi apabila dia sekali lagi hanya mampu memanaskan bangku simpanan United musim ini. – AFP

MANCHESTER – Bekas pe­nyerang Manchester United, Paul Ince menuduh pengurus semasa pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer sebagai penipu dan menabur janji palsu terhadap pemain tengah, Donny Van De Beek.

Menurut Ince, pengurus dari Norway berkenaan gagal untuk membuat pemilihan pemain yang tepat sehingga menyumbang kepada kejatuhan prestasi pasukan.

“Donny hanya bermain untuk tempoh empat minit ketika menentang Atalanta. Apa yang membuatkan saya bimbang adalah mengenai pemilihan pemain yang dilakukan Ole.

“Donny mungkin menganggap United adalah sebuah pasukan yang mampu mengangkatnya ke prestasi yang lebih baik tetapi selepas dua tahun, ternyata dia ditipu.

“Bukan saya ditipu dan menafikan peluangnya untuk ber­aksi, Ole seakan menghinanya apabila memberikan tempoh empat minit untuk membuktikan kemampuan.

“Pemain itu kemudian dimasuk­kan selama 10 minit ketika bertemu Manchester City. Ketika semua pemain United gagal untuk menyentuh bola untuk tempoh 85 minit, Ole berharap Donny mampu melakukan sesuatu.

“Jika saya berada di tempat Donny, saya akan menolak untuk dimasukkan. Anda bukan sahaja menipunya, tetapi itu adalah satu perbuatan yang hina untuk pemain sepertinya,” kata Ince.

Ince juga turut kecewa de­ngan nasib yang menimpa Jesse Lingard yang dianggap tidak jauh berbeza dengan apa yang dialami oleh Van De Beek.

“Mereka halang Lingard me­nyertai West Ham United kerana kononnya dia masih diperlukan, namun ketika pasukan ketinggalan dua gol, anda tidak membawanya masuk untuk bermain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI