fbpx

Status Hafizh selepas GP Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH hangat diperkatakan bakal menyertai saingan WSBK bersama pasukan MIE Racing Honda musim depan.

HALA tuju pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas ini mungkin terjawab sebaik ber­akhirnya perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo hujung minggu ini.

Hafizh yang beraksi dalam kelas Moto2 bersama NTS RW Racing GP, telah mengumumkan menamatkan kerjasama dengan pasukan tersebut dan kini masih mencari peluang lain untuk meneruskan kariernya dalam sai­ngan perlumbaan motosikal.

Begitupun, timbul perkhabaran gembira apabila pelumba kelahiran Ampang, Selangor tersebut dikatakan bakal menyertai Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan MIE Racing Honda pada musim depan.

Menurut sumber terdekat, pihak pengurusan Hafizh dikatakan telah melakukan perbincangan dengan pasukan tersebut dan ia berjalan dengan positif.

“Buat masa ini kita masih belum dapat mengesahkan berita yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

“Apa yang saya boleh katakan, memang benar ada perbincangan dengan pasukan tersebut. Perbincangannya berlangsung positif.

“Saya berharap akan me­nerima satu keputusan yang baik daripada pasukan tersebut dan segalanya berjalan lancar. Saya harap ia dapat diumumkan selepas perlumbaan di Valencia nanti,” kata sumber terdekat Hafizh semalam.

Jika benar Hafizh menyertai pasukan MIE Racing Honda se­perti yang tular di media sosial ketika ini, pelumba negara berusia 27 tahun itu dikatakan akan bergandingan dengan Leandro Mercado dari Argentina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI