fbpx

Latif dari Paralimpik ke pentas minggu fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latif Romly

PETALING JAYA – Selepas memenangi pingat emas ketiga di Paralimpik Tokyo 2020 pada bulan September yang lalu, kini atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly terus menjadi bualan hangat di media sosial.

Ini kerana tular sekeping gambar beliau menjadi salah seorang model untuk salah satu jenama di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian gambar oleh @neonate.company di laman sosial Instagram, kelihatan Latif menggayakan ‘puffer jacket’ sambil berjalan memperagakan beberapa jenama lain di atas pentas.

“Dipakai oleh wira kita @latifromly, pemenang pingat emas Olimpik di Paralimpik Tokyo 2020. Kami memilih Latif untuk memakai penampilan ini kerana kami ingin membuktikan bahawa perkara paling penting dalam setiap kejayaan bukan sekadar trofi.

“Tetapi perjalanan untuk menjadi yang terbaik dan terus mengekalkan kedudukan tanpa mengira sebarang halangan atau rintangan yang melanda,” tulisnya di dalam Instagram.

Manakala atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly, berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada syarikat jenama tersebut kerana memilihnya untuk menjadi simbol bagi menyampaikan mesej yang ingin disampaikan.

“Langkah pertama saya bersama @neonate.company dan @kamyaglow_hq. Terima kasih kerana memberi peluang dan menjadi sebahagian daripada pasukan,” katanya dalam Instagram.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa teruja dengan perkembangan atlet lompat jauh itu dan ada juga yang memuji penampilan Latif di KLFW2021.

“Wow, ini sangat menarik buat diri awak, sekarang dah boleh buat ‘modelling’ (peragaan), boleh jadi satu kerjaya selepas bersara dari arena sukan lompat jauh,” kata @Meana_muliana.

“Sesuailah dengan awaka, dulu-dulu masa awak datang Penang duduk sebelah meja saya, saya ingatkan model mana yang datang, tapi bila lama-lama pandang baru teringat awak ini atlet,” jelas @Abumuadz12.

“Ini dah taraf model-model ‘international’ (antarabangsa), tak pernah ada pengalaman dalam bidang model tapi selepas kemunculan pertama dah dekat KLFW2021, memang terbaik,” ujar @Najwaafrinaa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI