fbpx

Banjir kilat: Tiga keluarga dipindahkan ke dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di Air Kuning Selatan, di sini, lewat petang tadi. - IHSAN PEMBACA

TAMPIN – Tiga buah keluarga di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, di sini, terpaksa dipindahkan ke dewan susulan kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan sejak lewat petang tadi.

Difahamkan hujan lebat lebih sejam menyebabkan air sungai melimpah dan banjir kilat bermula sekitar pukul 6.30 petang tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin, keluarga berkenaan dipindahkan ke dewan sebagai langkah berjaga-jaga serta atas faktor keselamatan.

Dianggarkan lebih 10 buah rumah terjejas di perkampungan berkenaan akibat banjir kilat tersebut.

Turut terjejas dalam banjir berkenaan ialah sebuah tabika serta surau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI