fbpx

FAM fokus buat bidaan tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Abu Bakar. - FOTO FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersiap siaga untuk menghantar bidaan menjadi tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023 selepas proses undian berakhir pada Februari depan.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata, ‘lampu hijau’ daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjadi tuan rumah digunakan sebagai ‘azimat’ dalam usaha harapan menjadi tuan rumah dapat direalisasikan.

Kata Saifuddin, beberapa venue sedang diteliti dan sudah tentu lokasi Lembah Klang menjadi pilihan utama untuk dijadikan venue buat skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan yang dijadual berlangsung pada Jun depan.

“Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang telah beri lampu hijau untuk membida bagi menjadi hos kelayakan Piala Asia 2023 dan kita kena tunggu bulan Februari apabila kita dimasukan dalam kumpulan mana.

“Daripada kumpulan itu baru kita boleh tahu sama ada hanya Malaysia atau ada negara lain yang membida (menjadi tuan rumah).

“Kita akan cuba sedaya upaya kerana persiapan fasa kedua yang kita buat sekarang ini adalah mengenal pasti venue, hotel dan padang latihan. Kita juga perlu memastikan semua kemudahan ini boleh mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mengenai lokasi, kita ada beberapa pilihan dan sudah tentu kalau boleh kita nak di Lembah Klang. Proses hantar bidaan adalah selepas undian dibuat, di mana pertandingan berlangsung pada Jun 2022,” katanya pada majlis pelancaran jam edisi khas kedua G-Shock Harimau Malaya di Wisma FAM, sebentar tadi

Sebagai rekod, Malaysia bersedia untuk membida salah satu daripada enam venue berpusat yang akan ditawarkan kepada 24 pasukan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 pada pertengahan tahun depan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format round robin (sepusingan).

Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui FAM akan mencari dana sendiri untuk menjadi tuan rumah tanpa meminta sebarang bantuan daripada kerajaan.

“Jika kita berjaya membida, ia bukan hanya memberi kebaikan kepada pasukan negara. Sekarang ekonomi negara sudah dibuka, jadi kalau pelancong datang untuk tengok bola dan berbelanja di Malaysia ia akan menaikan taraf ekonomi kita.

“Memang kita tidak guna duit kerajaan dan FAM akan usaha mencari dana untuk menanggung kos operasi selaku tuan rumah,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI