fbpx

1.6 tan saderi terlebih racun perosak dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian saderi yang diimport dari China dimusnahkan JKNPP di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini melupuskan lebih 1.6 tan saderi yang diimport dari China selepas dikesan mengandungi residu racun perosak jenis melebihi had yang dibenarkan.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ma’arof Sudin dalam satu kenyataan hari ini berkata, sayuran berkenaan yang bernilai RM12,960 didapati dibawa masuk ke negara ini menerusi Pintu Masuk Antarabangsa Pulau Pinang di sini.

“Sebanyak 1,620 kilogram saderi itu dikesan mengandungi residu racun perosak jenis Organonitrogen melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, JKNPP melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus memastikan produk hasil pertanian yang diimport masuk ke negara ini adalah mematuhi keperluan Akta Makanan 198 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam pada itu, katanya Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan secara berkala ke atas produk pertanian yang dijual dipasaran tempatan.

“Hasil daripada pemantauan yang dijalankan pada tahun 2020 mendapati secara puratanya 12.2 peratus produk melanggar residu racun perosak telah dikesan.

“Kebolehkesanan telah dilaksanakan dan diwar-warkan kepada pengeluar serta pengimport produk hasil pertanian berkaitan perkara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI