PUTRAJAYA – Tujuh kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada dua kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, pendidikan lain, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM), institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM dan pendidikan tinggi.
Kesemua kluster baharu tersebut dilaporkan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur yang menjadi antara penyumbang kepada 6,243 kes baharu dengan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,522,498 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian hari ini, 106 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,137 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua.
“Terdapat 5,068 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 2,430,122 kes.
“Sebanyak 543 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 279 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE