fbpx

Portugal haramkan majikan hubungi pekerja selepas waktu pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON, PORTUGAL – Kerajaan Portugal meluluskan undang-undang baharu yang mengharamkan majikan untuk menghantar pesanan ringkas kepada pekerja selepas waktu bekerja, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Bukan sekadar itu, majikan bahkan perlu membayar perbelanjaan yang perlu ditanggung pekerja disebabkan sistem bekerja dari rumah.

Menurut parti pemerintah, Parti Sosialis, peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada Jumaat lalu merupakan maklum balas kepada isu-isu dihadapi pekerja ketika pelaksanaan bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19.

Di bawah undang-undang baharu itu, syarikat perlu membayar perbelanjaan yang dikenakan akibat bekerja dari rumah seperti bil elektrik dan internet yang tinggi.

Majikan juga boleh dikenakan penalti sekiranya menghubungi pekerja selepas waktu bekerja.

Undang-undang baharu itu juga melarang majikan daripada mengawasi pekerja mereka ketika bekerja dari rumah.

Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan bekerja dari rumah disebabkan wabak Covid-19.

Walaupun bekerja dari rumah memberikan fleksibiliti kepada sebahagian besar penduduk, namun keperluan campur tangan kerajaan menjadi jelas disebabkan isu seperti ketidaksamaan akses internet. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI