KUALA PILAH – Seramai 121 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di daerah ini menerima surat pelantikan hari ini.
Menurut Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Azhar Saleh, sebanyak 393 kuota JPKKP di negeri ini telah diperuntukan berdasarkan jumlah kampung tradisi yang telah didaftarkan di Kementerian Luar Bandar.
Katanya, seramai 13 keanggotaan bagi setiap JPKKP termasuk pengerusi, setiausaha dan 11 ahli.
“Jumlah itu terbahagi kepada lapan Parlimen seperti Kuala Pilah, Seremban, Rasah, Port Dickson, Jempol, Tampin, Jelebu dan Rembau.
“Fungsi utama JPKKP ialah untuk merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Surat Pelantikan JPKKP Negeri Sembilan peringkat daerah Kuala Pilah di sini hari ini. – K! ONLINE