fbpx

Tular dikerjakan ‘bengkel neraka’, mekanik kata Sabtu siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video tular oleh @ain_jeman berkenaan hantaran mesej oleh mekanik kepadanya di laman aplikasi Whatsapp semalam selepas keretanya yang hampir jahanam tular di media sosial.

PETALING JAYA – “Kereta ‘togel’ boleh siap seminggu ke? Dah tular baru nak buat ke? Tak apa saya tunggu hari Sabtu”.

Itulah perkongsian terbaru oleh @ain_jeman yang tular di TikTok baru-baru ini apabila melihat kereta kesayangannya hampir ‘jahanam’ selepas menghantarnya ke sebuah bengkel dipercayai di Johor Bahru.

Berdasarkan sebuah video baru berdurasi 10 saat yang dikongsi pengguna aplikasi TikTok itu, dia berkongsi tangkap layar hantaran mesej oleh mekanik kepadanya di laman aplikasi Whatsapp semalam.

“Salam Ain, hari Ahad dah boleh ambil kereta, ‘confirm’ (pasti) siap hari Sabtu tinggal nak naik enjin sahaja lagi. Hari Sabtu dah siap pasang dan cat, enjin hari itu belum pasang sebab ada perubahan kalau dah siap boleh ambil,” kata mekanik tersebut.

Berita berkaitan: Kereta hampir jahanam dikerjakan ‘bengkel neraka’

Sebelum ini wanita itu mengakui buntu kerana tidak berjaya menghubungi pihak bengkel selepas telah membayar RM 12,000 bagi kos membaiki kereta dipercayai Proton Wira itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai menasihatinya supaya pergi ke bengkel berkenaan bersama individu yang lebih pakar dan membuat laporan polis terlebih dahulu supaya dapat membuat tuntutan ganti rugi.

“Masa nak pergi ambil kereta itu nanti bawa sekali orang yang lebih arif tentang kereta dan enjin untuk periksa keadaan bahagian enjin dan dalaman elok, risau dia buat cincai sahaja,” kata @Khai_Palarae.

“Lebih elok bawa seorang yang pakar tentang kereta Proton Wira ini, tolong periksa betul-betul apa yang dah dia tukar dan buat,” jelas @Adie.Rahman.

“Kereta ‘togel’ mungkin boleh siap seminggu tapi mungkin cincai dia buat, lagi satu bahagian ‘original’ (tulen) mungkin dah tak ada, buat laporan polis sahaja mintak bayar ganti rugi,” ujar @Yakuza_taubat.

Terdahulu Kosmo! pernah melaporkan tentang sebuah kereta dipercayai jenis Proton Wira hampir jahanam dikerjakan ‘bengkel neraka’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI