fbpx

Kerajaan laksana semula VOP susulan kenaikan harga bahan binaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melaksanakan semula Syarat Perubahan Harga atau Variation of Price (VOP) di dalam kontrak kerja kerajaan sepertimana yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, tindakan itu diambil susulan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi tetulang telah memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) sehingga menjejaskan kelancaran pembinaan projek kerajaan.

Beliau berkata, berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan dari awal Januari sehingga Ogos lalu, didapati berlaku kenaikan kepada indeks kos pada kadar di antara 3 peratus sehingga 19 peratus di seluruh negara kesan pandemik Covid-19 dan peningkatan harga pasaran global.

“Susulan itu, kerajaan telah melaksanakan semula VOP dalam kontrak kerja kerajaan seperti diluluskan MOF berkuat kuasa bagi kontrak bermula 1 Januari hingga 31 Disember ini.

“Pekeliling ini berkuat kuasa bagi semua kontrak kerja konventional kerajaan mulai 1 Januari sehingga 31 Disember ini meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam dan mekanikal & elektrikal (M&E) bagi kerja-kerja sebut harga dan kontrak bernilai RM 500,000 ke atas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI