fbpx

Tular ‘rider’ hempas makanan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan menghempas bungkusan makanan pelanggannya hingga pecah mendapat perhatian pengguna media sosial.

Rakaman video yang memaparkan kejadian itu juga tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, penghantar makanan itu dikatakan berang dengan tindakan pelanggan yang bertegas mahu makanan tersebut dihantar ke depan pintu rumah.

Bagaimanapun, penghantar makanan tersebut tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kawasan perumahan tersebut.

Menerusi ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna turut berang dengan sikap pelanggan yang tidak mahu bertolak-ansur.

“Pelanggan kena faham, kalau duduk kondo atau apartment yang ada pengawal memang tak boleh suka-suka masuk,” kata Ami.

“Rider pun manusia, dia dah penat ke sana ke sini, hadap perangai pelanggan lagi. Kalau emosi dia stabil masa itu, mesti dia tak hempas makanan itu,” kata NorFatihah.

“Aku kerja rider, kalau pelanggan duduk flat aku hantar terus depan pintu sebab tak ada ‘guard’ dan malas nak tunggu pelanggan turun. Tapi kalau kondominium memang selalunya tak boleh masuk,” kata Mohammad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI