fbpx

Lelaki maut kereta bertembung lori kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan maut di Kilometer 34, Jalan Besar Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput semalam.-Foto IHSAN JBPM PERAK

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki maut setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori kontena di Kilometer 34, Jalan Besar Ipoh-Kuala Kangsar di sini malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ho Kang Wei, 21, parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar ke Sungai Siput.

Katanya, setibanya di lokasi nahas, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori kontena.

“Kereta dipandu mangsa hilang kawalan di laluan selekoh. Mangsa yang parah maut di tempat kejadian manakala pemandu lori kontena tidak cedera.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput digerakkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada pukul 10.07 malam.

Katanya, setiba di lokasi, didapati seorang lelaki tersepit dalam Perodua Myvi yang terbabas ke laluan bertentangan.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan menggunakan peralatan menyelamat namun lelaki itu disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.55 malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI