PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kesemua kawasan di Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka bakal berdepan dengan cuaca buruk pagi ini.
“Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik.
“Di Selangor, melibatkan kawasan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan.
Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati terutamanya yang melibatkan aktiviti luar dan laut ketika keadaan cuaca yang diramal buruk pagi ini. – K! ONLINE