fbpx

Penduduk Kampung Sumpitan dipindahkan akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sumpitan, Lenggong sebentar tadi.

IPOH – Sekurang-kurangnya 50 buah rumah penduduk di Kampung Sumpitan dekat Lenggong dilanda banjir susulan hujan lebat, petang tadi.

Turut dilanda banjir adalah kawasan pekarangan Masjid Ubudiah Kampung Sumpitan.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak memberitahu, pemindahan penduduk sedang dijalankan di kawasan terjejas berikutan air naik sehingga 0.4 meter.

Menurutnya, anggota bomba dihantar ke lokasi pada pukul 6.10 petang tadi bagi melakukan pemantauan sebelum penduduk dipindahkan.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong telah menjalankan operasi memindahkan penduduk secara berperingkat.

“Sehingga pukul 8 malam hujan masih turun dan pemantauan masih dilakukan dengan dibantu pelbagai agensi lain,” ujar jurucakap tersebut.

Operasi diketuai Ketua BBP Lenggong, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Farizul Anuar Razali. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI