fbpx

Eky dijangka beraksi menentang bekas pasukan, Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHREL mahu mengulangi prestasinya yang meledak satu gol buat Gergasi Merah ketika menentang TFC pada Piala Malaysia Ahad lepas.

PENYERANG sensasi Selangor FC, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi mengakui masih belum mampu beraksi selama 90 minit walaupun kembali diturunkan sebagai pemain gantian sejak aksi ketiga Piala Malaysia hujung bulan lalu.

Shahrel yang lebih mesra disapa Eky terpaksa melupakan hampir sepenuhnya sai­ngan Liga Super musim ini selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki pada Mei lalu.

“Saya rasa macam terlalu cepat juga masuk padang tetapi proses pemulihan berjalan lancar dan membolehkan saya ­beraksi semula musim ini.

“Kaki saya sudah pulih sepenuhnya, cuma mental dan fizikal kena lebih kuat. Kalau mahu bermain 90 minit agak sukar tetapi saya akan cuba perlahan-lahan, mungkin ma­suk di separuh masa kedua terlebih dahulu,” jelasnya.

Bagaimanapun, penjaring terbanyak tempatan pada Liga Super 2020 itu dilihat semakin mendapat rentak apabila meledak gol tunggal Gergasi Merah ketika tewas 1-3 kepada Terengganu FC (TFC) pada Ahad lalu.

Justeru, Shahrel, 27, bertekad untuk mengulangi prestasi itu jika dia diturunkan untuk aksi terakhir Kumpulan B menentang Perak FC di Ipoh malam ini.

Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel mungkin boleh menurunkan Shahrel bermain selama 45 minit menentang The Bos Gaurus memandangkan skuad bimbingannya sudah mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia.

“Saya ada bercakap dengan dia (Shahrel) minggu lalu untuk menambahkan lagi minit permainannya. Dia kata tiada masalah untuk beraksi 45 minit dahulu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI